Tekan Sini Dulu :

Sunday, 23 March 2014

Selamat Datang ke Entrepreneurs Profile!

Assalammualaikum,

Segala pujian bagi Allah s.w.t kerana limpah dan inayah-Nya, maka terwujudlah laman blog ni untuk perkongsian segala maklumat. Nama diberi Izatul Atiqah Binti Mohamad Badrul Munir dan merupakan pelajar jurusan tahun kedua 'Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian' di Universiti Utara Malaysia (UUM). 


Blog ini dibangunkan kerana ianya sebahagian dalam memenuhi salah satu syarat keperluan khusus bagi tugasan individu untuk subjek Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan (BPME2013). Segala maklumat yang ada di dalam blog in adalah mengandungi beberapa artikel yang berkaitan dengan latar belakang serta beberapa artikel yang berkaitan dengan bagaimana seseorang usahawan itu membangunkan perniagaannya. Antara usahawan tersebut adalah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, Datin Hajjah Shala Siah Bt Abdul Manap, Dato Wan Mohammad Sani Salleh dan Rozita Ibrahim. Malah, blog ini juga memberi tumpuan kepada maklumat yang berhubung dengan beberapa orang usahawan berjaya yang masih hidup. Moga dengan adanya blog ini ianya dapat membantu pelajar-pelajar lain untuk mencari maklumat mengenai usahawan dengan lebih cepat dan ianya dapat menarik pengunjung untuk datang ke blog ini supaya mereka dapat mengenali beberapa usahawan yang berjaya.

Sekian, terima kasih.

p/s: Untuk mendapatkan maklumat dan artikel-artikel yang berkaitan pembangunan perniagaan usahawan yang berjaya boleh ke merujuk di bawah.
http://iksprofile.blogspot.com/

Terima kasih sebab sudi baca

No comments:

Post a Comment

SILA DATANG LAGI ^_^