Assalammualaikum,
Woo.. There are amazing
tajuk yang saya jumpa. Tajuk artikel ini datangnya dari akhbar online Sinar
Harian di mana ianya ditulis oleh RobiatulAdawiyah Abd Rashad pada 30 Jun 2013.
Saya sangat bersetuju sebab pada zaman masa kini yang sangat canggih ini
kemampuan wanita tiada tandingannya dengan lelaki. Apa yang lelaki boleh buat
wanita pun dah boleh buat sekarang ini. So tiada istilah yang wanita ini tidak
tahu apa mengenai perniagaan.
Pengarah Urusan
Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub ada mengatakan bahawa
wanita pada masa kini bukan sahaja mampu membentuk peribadi anak-anak mereka
malah melahirkan generasi yang berpotensi tinggi khususnya dalam bidang
keusahawanan.
Beliau turut
mengatakan bahawa wanita khususnya seorang ibu mampu membaca naluri dan
mengenal pasti potensi diri anak-anak mereka di mana pendidikan awal dari rumah
juga menjadi penyumbang kepada kejayaan seseorang individu. Beliau berkata
demikian di hadapan 400 orang peserta Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran
Mingguan Wanita sempena ulang tahun majalah itu yang ke-30 tahun bagi berkongsi
rahsia kejayaan beliau dalam bidang penerbitan diceburi lebih 30 tahun.
Beliau berkata,
mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu kreatif dan bijak
memanfaatkan peluang dan jangan jadikan masalah itu satu bebanan tetapi jadikan
situasi itu sebagai peluang untuk kita rangka sesuatu yang lebih baik. Tambah
beliau, setiap individu yang mahu bergelar usahawan perlu menyiapkan diri
dengan ilmu yang cukup dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang
berlaku.
Menurut Editor
Pengurusan Majalah Karangkraf, Liza Ali, konvensyen itu buat julung kalinya diadakan
sebagai tanda penghargaan kepada wanita Malaysia khususnya pembaca Mingguan
Wanita di mana matlamat utama adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan
wanita yang berdaya saing dan akan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia
perniagaan hari ini.
Melalui paparan
artikel Mingguan Wanita telah berjaya mencetuskan semangat usahawan dan secara
tidak langsung telah melahirkan ramai usahawan baru yang berjaya dan turut membangkitkan
semangat wanita-wanita yang ingin memulakan perniagaan.
Konvensyen ini
juga menjadi platform bagi membangunkan idea perniagaan dalam memilih
perniagaan yang tepat dan sesuai serta mempunyai permintaan yang tinggi. Antara
topik yang dikupas adalah mengenai asas keusahawanan yang tepat, pemilihan
perniagaan mengikut landasan, pengendalian kewangan dan panduan pemasaran
melalui perkongsian pengalaman serta pengetahuan.
So sini dapatlah kita lihat bahawa kemampuan wanita juga mampu mewujudkan peluang perniagaan yang baik. Kebanyakkan usahawan wanita yang saya lihat adalah di mana mereka bangkit untuk mengubah kehidupan mereka dan ada di antara usahawan tersebut merupakan seorang ibu tunggal. Oleh itu, dapat saya simpulkan di sini wanita juga mampu melahirkan usahawan yang berjaya.
Credit to Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment