Tekan Sini Dulu :

Thursday, 27 February 2014

Sendayu Tinggi Corporation (m) Sdn Bhd


Dengan keazaman yang tinggi untuk bangun melawan kemiskinan yang melingkungi hidupnya, telah menjadikan beliau seorang usahawan kosmetik yang berjaya dan menjadikan salah seorang wanita yang paling berjaya sehingga kini. Berpegang kepada pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat", telah mendorong beliau menjadikan seseorang yang tidak mudah mengalah dan berputus asa untuk mengubah nasib kehidupan beliau. Usaha dan kecekalan yang beliau ada untuk membantu wanita lain-lain telah membuatkan saya memilih beliau sebagai salah seorang usahawan yang berjaya.

LATAR BELAKANG

Usahawan yang saya maksudkan adalah Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas kepada produk kesihatan dan kesihatan, Sedayu Tinggi. Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Selangor dan merupakan anak sulung kepada enam adik-beradik. Siapa sangka, seorang ibu tunggal dan juga penoreh getah boleh merubah hidupnya dan membina empayar bernilai berjuta juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang lain.

Beliau sendiri tidak menyangka beliau dapat mengecapi kejayaan ini. Ini kerana, bagi beliau bukanlah mudah untuk mencapai tahap yang dinikmatinya kini. Banyak liku liku kehidupan dan ranjau kehidupan yang terpaksa diharunginya sebelum menempah kejayaan bersama Sendayu Tinggi. Pada usia yang mentah iaitu 18 tahun, dia telah berkahwin dan juga terpaksa menempuhi perceraian dan dalam masa yang sama membesarkan anak anaknya. Lebih malang lagi, salah seorang daripada anaknya jatuh sakit dan meninggal dunia tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya.

Sebelum membangunkan perniagaan Sendayu Tinggi, pelbagai bidang pekerjaan yang diceburinya untuk menyara diri dan keluarganya tetapi hasilnya amatlah tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, beliau membelanjakan beberapa ratus ringgit untuk memulakan formulasi kesihatan berasaskan herba. Untuk menguji keberkesanan produknya, beliau sanggup untuk menambahkan berat diri sendiri dan mencuba produk ciptaannya yang diberi nama Sendayu Tinggi.

KISAH DAN PENGALAMAN

Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju sehingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang berjaya. Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar, ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepso diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang cuba Rozita sampaikan kepada wanita lain dan tidak salah jika kita mempunyai semangat kental yang sama seperti beliau.

Sebelum bergelar usahawan, beliau terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau telah menamatkan zaman gadis dalam usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia tersebut, Rozita tidak berpeluang untuk memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak dihabiskan untuk keluarga di samping membantu suami menoreh, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan di mana beliau terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak kedua pula pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. Sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan kerana dia pergi tanpa mendapat rawatan terbaik.

Keputusan berpisah dengan suami pertama menyebabkan dia dipulaukan oleh keluarga. Justeru itu, dia telah membawa diri ke kota mencuba pelbagai jeni pekerjaan untuk menampung empat orang anaknya. Operatot pengeluaran, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran serta pekerja di syarikat jualan langsung pernah dijawatnya. Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental. Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah buah tangan termahal dijadikan landasan untuk beliau terus melangkah. Barang kemas yang sedikit sebanyak terpaksa digadaikan sebagai modal. Akhirnya bermodalkan RM400, dia memulakan perniagaan dengan menghasilkan formulasi herba di mana beliau sanggup menjalankan ujikaji ke atas dirinya sendiri dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula.

Jika diajak berbicara mengenai ibu tunggal, pada mulanya beliau sendiri tidak yakin dengan status tersebut namun anak-anak menjadikannya iltizam hidup untuk terus berdiri. Beliau berjanji untuk menjadi ibu dan bapa yang baik buay anak-anaknya. Kejayaan beliau kini berdasarkan kepada kekuatan prinsip dan sentiasa mahu memperbaiki diri.

Setelah 5 tahun mengharungi pahir getir dalam dunia perniagaan, Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Jumlah pengedar mempunyai lebih dari 2000 orang termasuk di Brunei dan Singapura. Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan, pantang larang, kebahagiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita. Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang testil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan, Rozita menjelaskan:
Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digengam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak yatim. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat, wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.


Terima kasih sebab sudi baca

No comments:

Post a Comment

SILA DATANG LAGI ^_^