Tekan Sini Dulu :

Thursday, 20 February 2014

Syarikat Faiza Sdn. Bhd


Azam dan cita-cita untuk menjadi pembayar zakat di negara ini telah membuatkan saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang beliau. Dengan titik peluh yang beliau lakukan untuk membangunkan Syarikat Faiza Sdn Bhd, telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya sehingga kini.

LATAR BELAKANG

Faiza Bawumi Sayed Ahmad, anak sulung daripada tujuh orang adik beradik, berumur 68 tahun merupakan pengasas kepada Syarikat Faiza Sdn Bhd di mana ianya merupakan sebuah industri makanan yang menjadi makanan harian kita iaitu beras. Bapanya seorang tahfiz dan peniaga kedai makanan di Mesir. Seperti yang kita sedia maklum, Syarikat Faiza Sdn. Bhd merupakan penaja program realiti di TV3 bertajuk Bersamamu. Pengasas syarikat ini merupakan anak kelahiran Negara Mesir dan berhijrah ke Malaysia mengikut arwah suaminya, Abu Bakar setelah mempunyai seorang anak. Kini beliau mempunyai seramai tujuh orang anak.

KISAH DAN PENGALAMAN

Menurut beliau, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Beliau membangunkan syarikatnya daripada bisnes runcit biasa yang dijalankan di rumah menjadi antara pemborong beras yang terkemuka di Malaysia.Ibu pejabat Syarikat Faiza Sdn. Bhd kini terletak di Batu Pahat Johor.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Penger usi Biro Kebajikan) dan pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya´.Sebelum Syarikat Faiza berada pada tahap sekarang pelbagai cabaran dilalui oleh Puan Faiza.Selepas berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya, bermulalah cabaran hidup anak kelahiran Mesir ini sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya. Malah, beliau juga menanamkan azam ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini dan beliau telah pun berjaya sekarang.

Puan Faiza mula memikirkan aktiiti berfaedah yang dapat beliau buat bagi mengisi masa lapangnya. Puan Faiza dapat berbahasa Melayu dalam masa hanya tiga bulan kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Antara aktiviti awal yang beliau lakukan adalah mengambil upah menjahit sulaman bermodalkan RM4.00, membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Ketika tinggal di Mersing, Puan Faiza ni berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan ramuanitu bagi menghasilkanrempah kari ikan dan daging. Semuanya dilakukan sendiri, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan sebuah kedai. Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain. Para pelanggan yang melanggan rempah-rempah beliau turut membeli beras daripadanya. Pada tahun 1992, syarikatnya bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Pada tahun 1999 pula syarikat itu menjalankan usahasama dengan Bernas dan menjadi ahli kumpulan Bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

KEHIDUPAN

Puan Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.

Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya.

Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini. Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga. Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza, beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur. Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. “Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk Ponni, Basmathi, beras Wangi, beras Siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik. Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.




Terima kasih sebab sudi baca

No comments:

Post a Comment

SILA DATANG LAGI ^_^