
Usahawan berjaya yang saya pilih
seterusnya adalah Dato Wan Mohammad Sani Salleh di mana beliau merupakan
pengasas kepada Sani United Sdn Bhd. Saya memilih beliau sebagai artikel dalam
blog saya adalah kerana personaliti beliau yang sangat merendah diri telah
membuatkan saya ingin menjadikan beliau sebagai salah satu usahawan yang
berjaya. Walaupun pelbagai dugaan yang berlaku di mana pernah pada waktu ketika
dahulu, Sani United Sdn Bhd pernah digembarkan dengan berita mengenai
kemalangan bas ekspress yang telah meranggut banyak nyawa penumpang. Namun,
atas kecekalan dan ketabahan beliau, bas Sani Ekspress masih lagi bertampak
sebagai salah satu pengangkutan awam.
LATAR BELAKANG
Dato Wan Mohammad Sani Salleh berumur
38 tahun merupakan pengasas kepada syarikat pengangkutan bas ekspress iaitu
Sani Ekspress. Beliau dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kulai Ibai, Kuala
Terengganu, Terengganu merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Beliau
memegang jawatan sebagai pengarah urusan Sani United Sdn Bhd di mana ianya
mengabungkan 3 jenis perniagaan yang beliau bangunkan iaitu Sani Ekspress Sdn
Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd. Beliau mempunyai segulung
diploma dalam pengurusan perniagaan di Kolej Sunway pada tahun 1994. Atas kejayaan
beliau membangunkan Sani United Sdn Bhd, beliau telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April 2009).
Sani United Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengangkutan Bumiputera yang telah ditubuhkan pada 30 Ogos 2003 dan hasil penyusunan semula yang menyebabkan syarikat tersebut menjadi syarikat induk. Sani United Sdn Bhd pada asalnya tertumpu pada industri pengangkutan. Namun, selepas penyusunan semula tersebut pada April 2009, Sani United Sdn Bhd telah memutuskan untuk meningkatkan tumpuan terhadap industri hospitaliti, hartanah dan bengkel membuat dan memenuhi pelbagai aktiviti ekonomi dan permintaan pasaran.
Sani United Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengangkutan Bumiputera yang telah ditubuhkan pada 30 Ogos 2003 dan hasil penyusunan semula yang menyebabkan syarikat tersebut menjadi syarikat induk. Sani United Sdn Bhd pada asalnya tertumpu pada industri pengangkutan. Namun, selepas penyusunan semula tersebut pada April 2009, Sani United Sdn Bhd telah memutuskan untuk meningkatkan tumpuan terhadap industri hospitaliti, hartanah dan bengkel membuat dan memenuhi pelbagai aktiviti ekonomi dan permintaan pasaran.
KISAH DAN PENGALAMAN
Sifat cemburu kepada kejayaan rakannya telah menjadikan Dato Wan Mohd Sani berusaha gigih dan bersungguh-sungguh utk berjaya, rakan baik beliau juga yg sentiasa terbuka utk membantu dan membimbing beliau juga wajar kita contohi. Sesungguhnya sifat kikir utk berkongsi ilmu dan busuk hati tidak wajar ada pada setiap individu yg hendak berjaya. Diharap perkongsian cerita pada kali ini dapat memberi manafaat pada kita semua.
Sifat cemburu kepada kejayaan rakannya telah menjadikan Dato Wan Mohd Sani berusaha gigih dan bersungguh-sungguh utk berjaya, rakan baik beliau juga yg sentiasa terbuka utk membantu dan membimbing beliau juga wajar kita contohi. Sesungguhnya sifat kikir utk berkongsi ilmu dan busuk hati tidak wajar ada pada setiap individu yg hendak berjaya. Diharap perkongsian cerita pada kali ini dapat memberi manafaat pada kita semua.
PADA usia 33 tahun, anak muda ini
bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan
ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian
serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena
bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta. Dengan
deposit RM500,000, kereta berwarna merah darah dengan janaan kuasa enjin V8 itu
menjadi haknya tanpa ragu-ragu lagi.
Bagi Sani, jika mampu apa salahnya
mengeluarkan wang saku sebanyak RM14,000 sebagai bayaran bulanan asalkan
kepuasan memandu kereta berkuasa tinggi.
"Minyak isi penuh RM200,
sekadar boleh memandu di bandar Kuala Terengganu untuk dua hingga tiga hari.
Jika menuju ke Kuala Lumpur memerlukan kira-kira RM250," katanya.
Memang selayaknya anak muda itu
digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar
merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi
Allah SWT.
“Saya berusaha keras untuk capai
kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata
anak muda itu. Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir
namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express. Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah
ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.
Lebih mengagumkan, bermula bulan ini
25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya
menjanjikan keselesaan. Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan
panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah
diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah
kehidupannya ke tahap lebih baik.
“Biasalah... dulu saya seperti
‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga
lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu. Ketika itu hidup sekadar untuk cari
makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan
kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya
ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan
karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi
bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang
itu. Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai
inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.
“Melihat rakan yang berjaya,
terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia
pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu
terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya. Pada masa sama saya sedar, umur
semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri
saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama
Norman Hakim dan Eizlan Yusof. Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap
kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Katanya, beliau bermula dengan
membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan
Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu
bas yang sememangnya menjadi minatnya.
“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah
di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila
berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.
“Boleh dikatakan rutin saya ketika
bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari
sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya
saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.
Ketika memulakan perniagaan dalam
bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu
bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada 2003 Sani
menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.
“Ketika itu saya bersama dua lagi
rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan
saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,”
katanya. Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat
adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.
“Ketika ada dua rakan kongsi itu,
saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu
membuat keputusan sendiri. Jika tersilap membuat keputusan, memang saya
akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.
Sani berkata, ketika itu beliau
hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah
fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang
diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan
modal daripada institusi kewangan. Katanya, beliau menanggung risiko
besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa
yang dibuat.
“Bayangkan jika apa yang saya buat
tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu? Apapun pada Januari 2006 Sani
Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar,
mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,”
katanya. Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam
tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.
Daripada seorang pekerja, Sani kini
mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani
kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7
juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu
serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat
latihan dan surau.
Paling menarik, segala operasi di
kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi
kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut
Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu
bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah tinggi sangat.
Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan
pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang
pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar. Daripada situ kita dapat ilmu,
malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian
sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya. Statusnya
sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya. Beliau belum
berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
“Setakat bekerja keras dari siang
hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap
pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi
faktor kejayaannya.
“Dari dulu saya guna pengangkutan
awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan
pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express. Selain itu saya mengambil berat
setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak
berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan
kakitangannya. Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin
beliau berjaya.
“Apa jua perkara yang kita lakukan,
kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang
dilarang. Doa juga penting dan dalam hal ini
ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu
juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”
katanya.

No comments:
Post a Comment