Tekan Sini Dulu :

Sunday, 20 April 2014

Wanita Mampu Lahirkan Usahawan Berjaya

Assalammualaikum,

Woo.. There are amazing tajuk yang saya jumpa. Tajuk artikel ini datangnya dari akhbar online Sinar Harian di mana ianya ditulis oleh RobiatulAdawiyah Abd Rashad pada 30 Jun 2013. Saya sangat bersetuju sebab pada zaman masa kini yang sangat canggih ini kemampuan wanita tiada tandingannya dengan lelaki. Apa yang lelaki boleh buat wanita pun dah boleh buat sekarang ini. So tiada istilah yang wanita ini tidak tahu apa mengenai perniagaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub ada mengatakan bahawa wanita pada masa kini bukan sahaja mampu membentuk peribadi anak-anak mereka malah melahirkan generasi yang berpotensi tinggi khususnya dalam bidang keusahawanan.

Beliau turut mengatakan bahawa wanita khususnya seorang ibu mampu membaca naluri dan mengenal pasti potensi diri anak-anak mereka di mana pendidikan awal dari rumah juga menjadi penyumbang kepada kejayaan seseorang individu. Beliau berkata demikian di hadapan 400 orang peserta Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran Mingguan Wanita sempena ulang tahun majalah itu yang ke-30 tahun bagi berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam bidang penerbitan diceburi lebih 30 tahun.

Wanita mampu lahirkan usahawan berjaya

Beliau berkata, mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu kreatif dan bijak memanfaatkan peluang dan jangan jadikan masalah itu satu bebanan tetapi jadikan situasi itu sebagai peluang untuk kita rangka sesuatu yang lebih baik. Tambah beliau, setiap individu yang mahu bergelar usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang cukup dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Menurut Editor Pengurusan Majalah Karangkraf, Liza Ali, konvensyen itu buat julung kalinya diadakan sebagai tanda penghargaan kepada wanita Malaysia khususnya pembaca Mingguan Wanita di mana matlamat utama adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan akan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan hari ini.

Melalui paparan artikel Mingguan Wanita telah berjaya mencetuskan semangat usahawan dan secara tidak langsung telah melahirkan ramai usahawan baru yang berjaya dan turut membangkitkan semangat wanita-wanita yang ingin memulakan perniagaan.


Konvensyen ini juga menjadi platform bagi membangunkan idea perniagaan dalam memilih perniagaan yang tepat dan sesuai serta mempunyai permintaan yang tinggi. Antara topik yang dikupas adalah mengenai asas keusahawanan yang tepat, pemilihan perniagaan mengikut landasan, pengendalian kewangan dan panduan pemasaran melalui perkongsian pengalaman serta pengetahuan.

So sini dapatlah kita lihat bahawa kemampuan wanita juga mampu mewujudkan peluang perniagaan yang baik. Kebanyakkan usahawan wanita yang saya lihat adalah di mana mereka bangkit untuk mengubah kehidupan mereka dan ada di antara usahawan tersebut merupakan seorang ibu tunggal. Oleh itu, dapat saya simpulkan di sini wanita juga mampu melahirkan usahawan yang berjaya.
Credit to Sinar Harian.


Terima kasih sebab sudi baca

SILA DATANG LAGI ^_^